
Daun mas cotek betina

Daun jantan dan daun betina mas cotek

Urat daun betina menyerupai daun jantan mas cotek
Mengikut konsep ‘ Doctrine of signature ', bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan.
Bagi pengamal perubatan tradisional, mas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuh beberapa jenis penyakit sekiranya diamalkan dengan betul seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit. Dalam hal ini, kebanyakan pengamal perubatan tradisional mensyorkan mas cotek diamalkan sebagai minuman teh herba.
No comments:
Post a Comment